Johor terus agenda ekonomi meskipun berhadapan pandemik Covid-19 - Utusan Malaysia

Johor terus agenda ekonomi meskipun berhadapan pandemik Covid-19

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Usaha bagi meningkatkan semula ekonomi Johor ke tahap yang kompetitif bukan hanya tanggungjawab kerajaan malah juga pemain industri khususnya sektor swasta.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, meskipun berdepan cabaran membawa pelabur baharu, pihaknya akan memastikan pelaburan sedia ada memberi manfaat dan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Sehubungan itu kerajaan negeri juga akan mengambil langkah proaktif dalam menjalin kerjasama dengan pihak swasta dalam merancakkan semula ekonomi negeri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Hasni mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles Medini, Dr. Kamal Amzan di sini semalam.

Menurut beliau lagi, menjadi usaha kerajaan adalah untuk meneruskan agenda pengukuhan ekonomi meskipun berdepan dengan beberapa kekangan seperti penutupan sempadan negara ekoran pandemik Covid-19.

Hasni turut memberitahu pelabur khususnya yang terlibat dalam bidang perubatan di negeri ini bahawa ekonomi Johor akan kekal berdaya saing di saat tempoh sukar ini.

Sementara itu, Kamal berkata, pihaknya bersedia untuk bekerjasama membantu kerajaan negeri dalam merealisasikan hasrat berkenaan.

“Hospital Gleneagles Medini mempunyai pelbagai kepakaran dan peralatan perubatan terkini untuk merawat hampir setiap penyakit.

“Perkhidmatan yang ditawarkan mampu untuk menjadi pelengkap dalam daya usaha kerajaan untuk meyakinkan bukan sahaja pelabur sedia ada tetapi pelabur baharu dan masyarakat tempatan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya