Johor komited sedia rumah mampu untuk bumiputera - Utusan Malaysia

Johor komited sedia rumah mampu untuk bumiputera

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor terus komited untuk menyediakan rumah mampu dimiliki khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana khususnya golongan bumiputera di dalam kawasan bandar.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, kerajaan negeri menerusi PIJ Holdings Sdn. Bhd. juga akan terus berusaha membantu rakyat sama ada dalam pemilikan Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) ataupun mengembangkan bakat sektor usahawan.

Bagi mencapai hasrat itu katanya, PIJ Holdings melaksanakan projek Taman Perbadanan Islam (TPI) yang dibangunkan di atas tanah Rizab Melayu bagi menjamin orang Melayu negeri ini mampu memiliki hartanah dalam kawasan bandar.

“Walaupun namanya rumah mampu biaya tetapi kualitinya amat bermutu tinggi setanding rumah kos sederhana dan mewah yang dibangunkan oleh pemaju swasta.

“TPI Stulang Baru ini adalah TPI keempat yang dibangunkan oleh PIJ Holdings selepas TPI pertama dibangunkan di Kebun Teh kira-kira 30 tahun lalu. Komitmen berterusan yang ditunjukkan oleh PIJ Holdings harus dijadikan contoh terbaik. 

“PIJ Holdings turut merancang untuk membina beberapa lagi TPI di beberapa lokasi strategik bermula tahun hadapan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengundian Terbuka Rumah Mampu Biaya C, Penyampaian Sijil Layak Memiliki Rumah dan Penyampaian Sijil Layak Penyewaan di TPI  Stulang Baru di sini hari ini. 

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil. 

TPI Stulang Baru membabitkan pembangunan Rumah Mampu Biaya Johor Jenis A (120 unit) , B (99 unit) dan C  (108 unit) membabitkan harga antara RM42,000 hingga RM150,000.

Hasni berkata, empat projek TPI yang akan dibangunkan pada tahun depan ialah TPI Teluk Permata, Pasir Gudang; TPI Pontian, TPI Rengit dan TPI Bakar Batu, di sini.

Di samping membangunkan kediaman mampu biaya, Hasni menjelaskan bahawa PIJ Holdings juga tidak meminggirkan dalam membantu usahawan kecil, terutamanya golongan 

muda dalam bidang perniagaan.

“PIJ Holdings telah membangunkan sebuah pusat inkubator iaitu Kompleks Pejabat dan Pusat Perniagaan PIJ Holdings di Stulang Baru yang menempatkan 43 unit lot ruang pejabat dan perniagaan dengan kadar sewa yang berpatutan,” ujarnya.  -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya