Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 ditubuhkan - Utusan Malaysia

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 ditubuhkan

KHAIRY JAMALUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 akan ditubuhkan bagi memastikan bekalan vaksin wabak itu dapat diperoleh dengan kadar segera, selamat dan sempurna.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, selain beliau, Jawatankuasa Khas itu akan diketuai secara bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba  bagi tujuan menyediakan rangka kerja dan pelan perolehan serta pengagihan vaksin Covid-19 apabila ia diluluskan untuk kegunaan di negara ini.

Menurut beliau, beberapa jawatan kuasa kecil (JKK) akan diwujudkan menerusi jawatan kuasa itu dengan skop tugas seperti pemilihan vaksin, komunikasi, pendaftaran dan kelulusan, trade facilitation, kewangan, penstoran, logistik dan pengangkutan.

“Pengagihan vaksin akan turut dibentuk merentasi pelbagai kementerian dan agensi bagi memudah cara dan mempercepatkan pelaksanaan tugas ini.

“Keputusan penubuhan Jawatankuasa Khas ini adalah penting bagi memastikan persediaan awal yang rapi dibuat sebelum bekalan vaksin diterima untuk kegunaan seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, China bersetuju untuk memberi keutamaan kepada Malaysia bagi membekalkan vaksin Covid-19 kepada negara ini selepas perbincangan dua hala bersama Menteri Luar China.

Menurut Perdana Menteri, China adalah antara negara yang paling ke depan dalam penemuan vaksin dan ia sudah berada di tahap akhir yang dijangka boleh diperoleh pada akhir tahun ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya