KUALA LUMPUR: Semua pihak termasuk ibu bapa dan guru perlu peka dengan keadaan sekeliling dan tidak merahsiakan sekiranya terdapat mana-mana individu dijangkiti virus Covid-19. Menyifatkan ia sebagai suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, Covid-19 adalah pandemik yang perlu dibendung penularannya. “Kalau ada yang merahsiakan perkara ini, ia tindakan berbahaya dan tidak bertanggungjawab. Jika jangkitan tersebut merebak kepada pelajar atau murid lain, ia mungkin menyebabkan malapetaka kepada pihak lain pula. “Jangan ada mana-mana pihak yang merahsiakan perkara ini kerana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya