Isu Mara: Tiga individu bakal didakwa - Utusan Malaysia

Isu Mara: Tiga individu bakal didakwa

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tindakan pendakwaan terhadap beberapa individu berhubung dakwaan penyelewengan penjualan hartanah Dudley International House, Melbourne kepada MARA Inc. pada 2013 dijangka dibuat dalam tempoh dua ke tiga minggu lagi.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, ketika ini kes berkenaan masih dalam penelitian Pejabat Peguam Negara dan sekiranya dipersetujui, individu terbabit akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

“Kita sudah siap siasatan cuma pihak timbalan pendakwa raya sedang meneliti kes berkenaan dan sekiranya dipersetujui akan ada yang dituduh di mahkamah.

“Saya bagi masa dalam tempoh dua ke tiga minggu dari sekarang, mungkin dua atau tiga orang akan didakwa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Badan Pencegah Rasuah (BPR)/SPRM Ke-53 dan perasmian Kompleks SPRM Terengganu yang disempurnakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya