Imigresen terus buru saki baki sindiket palsu cap keselamatan Imigresen - Utusan Malaysia

Imigresen terus buru saki baki sindiket palsu cap keselamatan Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Jabatan Imigresen akan terus memburu saki baki rangkaian sindiket pemalsuan cap keselamatan Imigresen walaupun ketuanya telah ditumpaskan pada operasi pertengahan bulan ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, sindiket yang aktif di Lembah Klang itu ditumpaskan dengan penahanan beberapa warga Indonesia termasuk dalangnya. 

“Kita syak ada saki baki kumpulan itu yang masih bebas dan kemungkinan akan menjalankan aktiviti serupa yang boleh mengancam keselamatan negara dan integriti Jabatan Imigresen.

“Aktiviti pemalsuan cap keselamatan Imigresen perlu dibanteras ke akar umbi dan semua anggota sindiket ditahan di bawah undang-undang negara,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Penguatkuasaan Khas di kawasan Kebun Musang King Sungai Ruan di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Imigresen Pahang, Muhammad Hatta Kassim. 

Pada 15 September lalu, Jabatan Imigresen menyerbu di dua premis di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor yang dipercayai menjalankan kegiatan pemalsuan cap keselamatan Imigresen.

Dalam serbuan pertama, jabatan berkenaan menemukan 39 pasport Indonesia, 12 Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) Indonesia selain menahan seorang lelaki berusia 38 tahun bersama seorang wanita berusia 32 tahun, disyaki dalang sindiket pemalsuan cap berkenaan.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Anton adalah ketua Sindiket Anton dan hasil siasatan Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa Imigresen mendapati sindiket yang beroperasi lebih dua tahun adalah rangkaian Sindiket Damrah @ Wak Jam yang ditumpaskan sebelum ini. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya