Ibu pejabat Jakim ditutup - Utusan Malaysia

Ibu pejabat Jakim ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ibu pejabat Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) di Kompleks Islam Putrajaya akan ditutup mulai esok hingga 20 Oktober bagi melaksanakan kerja-kerja sanitasi ruang pejabat dan mengekang penularan Covid-19.

Menurut kenyataan Jakim, penutupan itu turut melibatkan pejabat Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Lanjutan itu, kata kenyataan itu, semua operasi harian Jakim hanya dihadkan melalui perkhidmatan dalam talian sahaja.

“Jakim akan beroperasi semula pada 21 Oktober depan dan sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-8870 7000 atau emelkan kepada [email protected],” katanya di sini hari ini.

Tindakan penutupan pejabat itu berikutan Menteri di Jabatan Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19 semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN