PUTRAJAYA: Ibu pejabat Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) di Kompleks Islam Putrajaya akan ditutup mulai esok hingga 20 Oktober bagi kerja-kerja sanitasi ruang pejabat dan mengekang penularan Covid-19.
Menurut kenyataan Jakim, penutupan itu turut melibatkan pejabat Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Jakim menambah, semua operasi harian jabatan itu hanya dihadkan melalui perkhidmatan dalam talian.
“Jakim akan beroperasi semula pada 21 Oktober depan dan sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-8870 7000 atau emelkan kepada [email protected],” jelasnya.
Tindakan penutupan pejabat itu berikutan Menteri di Jabatan Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19 semalam. – UTUSAN ONLINE