IAB jadi pusat kuarantin Covid-19 - Utusan Malaysia

IAB jadi pusat kuarantin Covid-19

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Institut Aminuddin Baki (IAB) cawangan Utara di Jitra dekat sini akan menjadi pusat kuarantin khas bagi menempatkan banduan dan tahanan reman yang dibebaskan dari Penjara Alor Setar dan Pokok Sena dalam masa terdekat.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, langkah itu diambil bagi mengekang penularan Covid-19 yang berpunca daripada Kluster Tembok.

Menurutnya, sebelum ini terdapat kes seorang tahanan reman yang tidak mematuhi arahan kuarantin di rumah hingga menyebabkan berlaku penularan di Baling dekat sini.

“Saya difahamkan terdapat enam kes melibatkan tahanan reman ini dan antara mereka yang dijangkiti termasuklah adik-beradik serta anak saudara individu tersebut, selain pelajar sekolah.

“Sehubungan itu, mesyuarat Exco hari ini meluluskan peruntukan RM100,000 untuk mewujudkan pusat kuarantin khas tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri turut membuat persiapan sekiranya IAB tidak mencukupi untuk menampung jumlah tahanan reman dan banduan dibebaskan itu.

“Difahamkan secara puratanya banduan dan tahanan reman yang dibebaskan berjumlah 20 orang sehari sedangkan kapasiti yang boleh ditampung di pusat kuarantin IAB cuma 100 orang sahaja.

“Kalau perlu tambahan pusat kuarantin, kita juga ada beberapa hotel yang telah diwartakan sebagai pusat kuarantin sebelum ini,” katanya.

Menurut Muhammad Sanusi, setakat ini, Kluster Tembok menular di tujuh daerah melibatkan 1,334 orang kakitangan penjara, banduan dan tahanan reman, polis pengiring serta polis mahkamah sehingga kelmarin. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya