Hubungi Mampan, HEP khusus anak Pahang mendaftar di IPTA - Utusan Malaysia

Hubungi Mampan, HEP khusus anak Pahang mendaftar di IPTA

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri mengambil berat isu membabitkan penuntut anak-anak Pahang yang telah pun mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan berada lebih awal di tempat tinggal sewaan masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagi penuntut anak Pahang yang telah mendaftar dan tinggal di asrama IPTA masing-masing, mereka diminta kekal di sana sehingga arahan lanjut dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). 

“Sebagai langkah persediaan, saya mohon para penuntut dalam kalangan anak-anak Pahang yang terbabit (yang tinggal di tempat-tempat tinggal sewaan luar kampus) supaya dapat memaklumkan kedudukan mereka sama ada melalui Majlis Mahasiswa Anak Pahang (Mampan) bersama dengan kepimpinan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO Pahang atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di IPTA masing-masing. 

“Para penuntut terlibat bolehlah segera memberi maklumat yang diperlukan agar kerajaan negeri dapat berusaha untuk menyalurkan bantuan-bantuan yang bersesuaian, insya-Allah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

KPT mengeluarkan arahan agar penuntut IPT tidak perlu mendaftar secara fizikal, tetapi melakukannya secara dalam atas talian.

Arahan itu berikutan berlakunya peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di seluruh negara sejak kebelakangan ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya