Hizbut Tahrir dikesan rekrut ahli baru - Utusan Malaysia

Hizbut Tahrir dikesan rekrut ahli baru

AYOB KHAN MYDIN PICTHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Gerakan Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dikesan aktif merekrut ahli baharu di negeri ini dengan menyasarkan individu berpendidikan tinggi. 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, antara yang menjadi sasaran golongan penuntut universiti, pensyarah serta ahli perniagaan. 

Katanya, siasatan awal mendapati gerakan itu kini mempunyai 80 ahli yang aktif di seluruh Johor. 

“Berdasarkan risikan, kita mendapati HTM mula menapak di Johor sejak September 2005 dengan menjadikan Khalifah Centre (KC) di Skudai sebagai markas operasi mereka di negeri ini. 

“Setakat ini kita telah kesan lebih 80 ahli berdaftar dan mereka terus aktif mencari ahli baharu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya