Hishammuddin dilantik Bendahari Agung BN baharu - Utusan Malaysia

Hishammuddin dilantik Bendahari Agung BN baharu

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin dilantik menjadi Bendahari Agung Barisan Nasional (BN)  baharu. 

Ia diumumkan sendiri oleh Pengerusi parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan menjelaskan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan terus menjalankan tugas-tugas selaku bendahari UMNO Malaysia.

Menurut Zahid, rombakan tersebut adalah mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi BN.

Malah keputusan itu juga dibuat setelah berunding dengan Presiden-Presiden parti dalam komponen BN.

“Tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Diharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaiknya’ Jelasnya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Dalam masa yang sama, Zahid turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas segala jasa dan peranan beliau selaku Bendahari Agung BN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN