Harga petrol RON95, RON97 naik 3 sen - Utusan Malaysia

Harga petrol RON95, RON97 naik 3 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter iaitu RM1.71 seliter dan RM2.01 seliter bagi tempoh bermula malam ini sehingga 9 Oktober depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga petrol bagi kedua-dua bahan bakar itu sebelum ini ialah RM1.68 seliter (RON95) dan RM1.98 seliter (RON97).

Katanya, harga runcit diesel pula turun sebanyak 1 sen seliter iaitu daripada RM1.71 seliter kepada RM1.70 seliter.

“Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan itu adalah menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan  kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya