Harga petrol RON95, RON97 naik 1 sen - Utusan Malaysia

Harga petrol RON95, RON97 naik 1 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Harga runcit Petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak 1 sen iaitu masing-masing kepada RM1.68 dan RM1.98 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga kedua-dua bahan bakar itu sebelum ini adalah RM1.67 dan RM1.97 seliter.

Bagi harga runcit Diesel pula, kata kenyataan itu, naik sebanyak 5 sen iaitu RM1.74 seliter berbanding RM1.69 seliter sebelum ini.

“Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) bermula esok hingga 23 Oktober.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya