PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 kekal pada harga RM1.64 seliter dan RM1.94 sen seliter bagi tempoh esok sehingga 6 November.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga runcit diesel juga kekal pada paras RM1.74 seliter.
“Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE