Harga baharu pelitup muka 1 November  - Utusan Malaysia

Harga baharu pelitup muka 1 November 

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan menetapkan harga baharu bagi pelitup muka melibatkan pengeluar tempatan dan pengimport berkuat kuasa 1 November ini sebagai mengambil kira keperluan rakyat untuk terus mengamalkan kebiasaan baharu dalam tempoh pandemik Covid-19.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, harga maksimum pelitup muka tiga lapis (pembedahan/perubatan) akan diturunkan dari RM0.95 kepada RM0.65 seunit di peringkat borong manakala harga maksimum runcit diturunkan dari RM1.00 kepada RM0.70 seunit.

Katanya, harga baharu itu akan dikuat kuasa melalui Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011 yang turut menetapkan harga bagi pelitup muka satu lapis adalah RM0.05 (borong) dan RM0.07 (runcit); pelitup muka dua lapis ialah RM0.16 sen (borong) dan RM0.20 (runcit); manakala pelitup muka jenis N95 berharga RM5 (borong) dan RM6 (runcit).

Katanya, sebelum ini kementerian mewartakan harga maksimum pelitup muka jenis tiga lapis itu pada harga borong RM0.95 seunit dan harga runcit RM1.00 seunit sejak 15 Ogos lalu.

“Pihak kementerian menjalankan sebanyak 67,217 pemeriksaan dan pemantauan harga serta bekalan bagi pelitup muka di seluruh negara sejak 29 Januari sehingga 25 Oktober lalu.

“Melalui pemeriksaan tersebut, sebanyak 73 kes berjaya dikenal pasti dengan nilai rampasan RM543,737 dan melibatkan jumlah kompaun sebanyak RM518,400,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya