Felda perlu ambil alih 68 kilang proses sawit - Utusan Malaysia

Felda perlu ambil alih 68 kilang proses sawit

Felda perlu kekal identiti JKKR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA  LUMPUR: Sebanyak 68 buah kilang pemprosesan sawit milik FGV perlu diambil alih Felda bagi meningkatkan keseluruhan industri tersebut di negara ini.

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Muhammad Fadzli Hassan berkata, pengambil alihan kilang itu juga akan membuka ruang untuk generasi baharu Felda  menyertai pasaran perniagaan agro berasaskan ladang. 

Katanya, generasi baharu wajar diberikan ruang terbuka meneroka perniagaan hiliran seperti penjualan baja, racun dan  bukan dimonopoli oleh syarikat FGV sebelum ini. 

“Kami memohon pertimbangan dan perhatian daripada pihak kerajaan untuk memberikan jaminan  kepada Felda bagi menjayakan hasrat ini. 

“Tentunya campur tangan kerajaan sebagai regulator akan menemukan formula terbaik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata agensi berkenaan mahu mengambil semula 350,000 hektar tanah yang dipajak kepada FGV dalam usaha mengukuhkan kembali kedudukan kewangannya.

Dalam pada itu, Muhammad Fadzli berkata,  langkah Felda mendapatkan semula pajakan tanah ladang daripada FGV bukan untuk menambah kekayaan kepada syarikat  korporat menerusi  model perniagaan tidak saksama, sebaliknya membantu peneroka meningkatkan hasil pendapatan mereka.

Katanya, peneroka mendapat bayaran paling minimum sejak diambil alih FGV, sedangkan agensi itu dan pemegang saham mendapat keuntungan berlipat ganda.

“Felda memajakkan  350,000 hektar tanah ladang  kepada FGV. Felda menerima RM250 juta setahun hasil pajakan itu dan perkongsian untung 15 peratus setahun daripada keuntungan yang dijana FGV.Ini jauh berbeza dengan  pendapatan sebelumnya yang pernah dikecapi Felda. 

“Contohnya, pada tahun 2008, Felda menjana pulangan RM 1.8 billion daripada guna tanah yang sama. Secara ekonomi makro, ia membuktikan ketidakcekapan model kanvas niaga Felda  dalam memberikan pulangan semula yang saksama dan optimum. Ini memberikan kesan besar kepada para peneroka khususnya yang mana mereka ini adalah kelompok akhir yang akan menerima manfaat,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya