KUALA LUMPUR – Pelakon dan selebriti terkemuka tanah air, Nur Fazura selamat melahirkan cahaya mata sulungnya hari ini.
Menerusi perkongsiannya menerusi Instagramnya, dia dan suami, Fattah Amin masih belum bersedia untuk mendedahkan nama dan wajah bayi perempuan mereka itu.
Kedua-dua mereka turut meluahkan rasa syukur dan terima kasih buat semua yang telah mendoakan kesihatan dan kelancaran proses kehamilan bayi tersebut.
“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah.
“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat bersalin,” katanya.
Menerusi perkongsian itu, Fazura dan Fattah juga telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti tanah air dan teman industri.