Enam pemandu mabuk ditahan - Utusan Malaysia

Enam pemandu mabuk ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan enam pemandu mabuk dalam Op Alkohol dan Pencegahan Jenayah di sekitar Petaling Jaya, semalam.

Dalam operasi bermula pukul 11 malam hingga 3 pagi itu, 44 individu turut dikenakan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pihaknya turut memeriksa 629 individu membabitkan 610 kenderaan.

“Hasil pemeriksaan,kita menahan enam lelaki berusia 23 hingga 52 tahun kerana memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.

“Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Nik Ezanee, daripada 44 saman dikeluarkan, 12 individu dikesan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26 APJ 1987 kerana memandu atau menunggang tanpa lesen.

“Mereka akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya