Empat lelaki mengaku tidak bersalah halang tugas polis - Utusan Malaysia

Empat lelaki mengaku tidak bersalah halang tugas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Slim River di sini atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam, dua minggu lalu.

Panneerselvan, 32; S. Vijandran, 41; A. Sivakumar, 28; dan R. Durai Raaj, 25, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara bersama dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Nurul Hidayah Ismail.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja menghalang penjawat awam, Koperal Muhd. Syahrul Azuwan Ab. Manaf menjalankan tugasnya sebagai pegawai polis dan dengan sengaja tidak memberi kerjasama setelah diberi amaran berulang kali untuk beredar dan gagal mengemukakan kad pengenalan ketika diminta.

Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Slim River-Tanjung Malim pada pukul 3.30 pagi, 16 Oktober lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya