‘Duduk di rumah, tunggu panggilan kementerian’ - Noor Hisham - Utusan Malaysia

‘Duduk di rumah, tunggu panggilan kementerian’ – Noor Hisham

AKTA
NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada orang ramai yang sedang menjalani kuarantin wajib 14 hari selepas tiba dari Sabah perlu kekal duduk di rumah dan menunggu panggilan kementerian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, individu tersebut tidak perlu bersusah payah ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) kerana pertambahan kes yang meningkat mendadak menyebabkan jangka masa keputusan ujian saringan Covid-19 itu menjadi lebih lama.

Katanya, jika didapati positif, pihak ambulans akan datang ke rumah untuk membawa mereka ke hospital dan menjalani rawatan lanjut.

“Jika negatif sama ada bergejala atau tidak selepas kembali dari Sabah, mereka wajib menjalani kuarantin 14 hari di rumah. Kalau tidak bergejala dan negatif, mereka perlu menunggu panggilan.

“Kalau tidak menerima panggilan PKD atau klinik, mereka perlu kekal duduk di rumah. Jika mereka menerima keputusan awal, kita akan laksanakan pemeriksaan kesihatan awam dan kalau bergejala mereka perlu menyambung kuarantin 14 hari lagi,” katanya dalam laporan harian Covid-19 di sini hari ini.

Beliau mengulas rungutan individu yang sedang menjalani kuarantin wajib di rumah yang terpaksa menunggu lama bagi mendapatkan keputusan ujian saringan Covid-19 sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 27 September lalu. 

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menuding jari menyalahkan mana-mana pihak kerana tanggungjawab lebih besar memerangi pandemik itu terletak pada bahu setiap individu dalam masyarakat.

“Kita telah harunginya bersama sebelum ini dengan menjaga diri, keluarga, komuniti dan negara kita. Kementerian menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat kesihatan yang sering ditekankan,’ katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN