Dua rakan maut, kereta berpusing dan bertembung - Utusan Malaysia

Dua rakan maut, kereta berpusing dan bertembung

KEADAAN kereta Daihatsu Charade (berwarna merah) yang dipandu Fikry Effendi Ahmad Razali yang bertembung dengan sebuah Proton Waja di Jalan Kemuning, Pulau Sebang, pagi tadi. UTUSAN/ DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Perjalanan dua sahabat untuk ke sebuah pekan di sini berakhir tragedi apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Jalan Kemuning, Pulau Sebang, pagi tadi. 

NURUL Shamira Mohd. Rajun

FIKRY Effendi Ahmad Razali

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Fikry Effendi Ahmad Razali, 27, yang memandu dan penumpangnya, Nurul Shamira Mohd. Rajuna, 24, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa yang menaiki kereta jenis Daihatsu Charade dalam perjalanan dari arah Hutan Percha menghala ke Simpang Ampat. 

“Setiba di tempat kejadian, kereta dinaiki mereka telah hilang kawalan sebelum berpusing dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah Proton Waja. 

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mereka meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta Proton Waja berusia 55 tahun mengalami kecederaan bahagian kaki,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Kata Arshad, mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

“Mayat dua sahabat itu juga dihantar ke hospital sama untuk mengenal pasti punca kematian. 

“Difahamkan, kemalangan itu berlaku ketika Fikry ingin menghantar Nurul Shamira ke pekan Alor Gajah untuk berjumpa dengan rakannya,” katanya. 

Tambahnya, kedua-dua kenderaan yang terlibat ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.  -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya