Dua pendaki gunung terselamat jatuh gaung - Utusan Malaysia

Dua pendaki gunung terselamat jatuh gaung

KEADAAN mangsa yang mengalami cedera parah setelah terjatuh ketika mendaki di Air Terjun Gunung Pulai, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Berpantang ajal sebelum maut. Dua pendaki gunung berhadapan detik cemas apabila terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter di Air Terjun Gunung Pulai, Kulai, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohamad Shafiq Sahit, 32, patah kaki kiri serta mengalami luka di bahagian tangan dan muka manakala rakannya, Ibrahim P. Mosar, 38, cedera di bahagian kepala, pinggang dan kaki kiri. 

Menurut jurucakap Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Johor, pusat gerakan operasi negeri menerima panggilan kecemasan berhubung mangsa jatuh gaung di Air Terjun Gunung Pulai pada pukul 12.18 tengah hari. 

Katanya, dua jentera dengan kekuatan 11 orang dikejarkan ke tempat kejadian sejurus panggilan kecemasan diterima. 

“Setibanya pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, didapati dua mangsa telah jatuh ke gaung yang berkedalaman 50 meter dan mereka ditemukan dalam keadaan cedera. 

“Tindakan operasi menyelamat mangsa kemudian menggunakan tali menyelamat dan dua unit alat pengusung. Mangsa diserahkan kepada pihak Hospital Kulai untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Bahtiar berkata, kedua-dua mangsa berada di tempat kejadian untuk mendaki gunung berkenaan sebelum ditimpa malang.

Katanya, operasi menyelamat mengambil masa hampir tiga jam dan ditamatkan kira-kira pukul 3.40 petang. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya