Dua lelaki menyamar polis diburu - Utusan Malaysia

Dua lelaki menyamar polis diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis memburu dua lelaki berusia lingkungan 30-an yang menyamar sebagai anggota polis dan memeras ugut pekerja ladang Felcra Sungai Pergam, Hulu Kemaman dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, dalam kejadian kira-kira  pukul 5 petang semalam, dua individu terbabit memeras ugut 10 pekerja ladang warga Indonesia sebanyak RM100 seorang dengan mengatakan mereka bekerja tanpa kebenaran berikutan pandemik Covid-19.

“Seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai Mohd. Khairul sambil menunjukkan kad berwarna biru yang dikatakan pengenalan diri anggota polis dari Kemaman. 

“Namun, apabila pengurus ladang memberitahu mengenali anggota polis di daerah ini, lelaki itu segera menukar kata-katanya dengan mengatakan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hanyan berkata, bimbang penipuannya terbongkar, lelaki itu kemudian bertindak melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Honda.

Katanya, polis masih lagi mengenal pasti identiti sebenar individu terbabit dan meminta kerjasama orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya