Dua lagi sekatan, penutupan jalan di Klang Selatan - Utusan Malaysia

Dua lagi sekatan, penutupan jalan di Klang Selatan

PEGAWAI polis memeriksa seorang penduduk di sekitar Bukit Tinggi, Klang berikutan PKPB yang berkuat kuasa selepas jam 12 malam semalam. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis Klang Selatan menambah dua lagi sekatan jalan raya dan penutupan jalan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dua kawasan tersebut ialah Bandar Puteri (Jalan Gelang 8) dan Taman Suria Pendamar (Flat Suria Pendamar), Pandamaran.

Susulan itu, orang ramai yang ingin keluar dan masuk di dua kawasan tersebut perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, bagi kawasan Bandar Puteri, Klang, sekatan jalan raya dilaksanakan di Lebuh Gelang 1 arah kanan dan penutupan jalan di Lebuh Gelang 1 menghala ke Jalan Johan Setia.

“Manakala, bagi kawasan Taman Suria Pendamar, sekatan jalan raya di laluan masuk ke Jalan Selat Selatan 14 sementara penutupan jalan melibatkan Jalan Selat Selatan 14 menghala ke Jalan Banting-Pandamaran,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Tambahnya, tindakan kompaun akan dikenakan ke atas mereka yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan boleh menghubungi Bilik Gerakan Op Covid-19 di talian 03-32913344,” katanya.

Semalam, Shamsul Amar memaklumkan sebanyak tujuh jalan ditutup susulan pelaksanaan PKPB berkuat kuasa hari ini.

Penutupan itu melibatkan dua kawasan iaitu Bukit Tinggi meliputi Jalan Batu Unjur 9, Jalan masuk berhadapan kedai elektrik Onking Chain-Store (Malaysia) Sdn. Bhd dan Lorong masuk berhadapan Kedai Motosikal Wisfatt.

Empat lagi jalan ditutup adalah di Taman Sri Andalas merangkumi berhadapan Masjid Ar- Rahimiah, Jalan Sri Siantan dan Sri Siantan 41 serta Jalan Sri Damak 53.

Polis turut melakukan SJR melibatkan Persiaran Pegaga (Berhadapan Restoran Subaidah), Jalan Kim Chuan (Berhadapan 99 Speedmart) di Bukit Tinggi dan persimpangan Jalan Tun Dr. Ismail, Taman Sri Andalas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN