Dua kucing luar negara dirampas kerana tiada sijil kesihatan veterinar - Utusan Malaysia

Dua kucing luar negara dirampas kerana tiada sijil kesihatan veterinar

KUCING baka Scottish Fold yang dirampas MAQIS Selangor di KLIA pada Selasa lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Padah menimpa seorang pelajar apabila tindakannya membawa dua ekor kucing baka Scottish Fold tanpa sijil kesihatan veterinar, menjadi punca haiwan itu dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selasa lalu.

Rampasan itu dilakukan terhadap pelajar wanita yang baharu tiba dari Moscow kira-kira pukul 2 petang.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, pihaknya melakukan rampasan terhadap kedua-dua haiwan tersebut berikutan bagi mengelakkan penyakit boleh dibawa oleh kucing seperti Rabies, Parvo Virus dan Felino Infectious Peritonis (FIP) kepada manusia. 

“Pemeriksaan yang dilakukan terhadap pemilik kucing terbabit mendapati dia gagal mengemukakan Sijil Kesihatan Veterinar dari negara pengeksport. 

“Kita mendapati harga bagi kedua-dua haiwan yang dirampas ini bernilai kira-kira RM10,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Dalam pada itu, beliau berkata, pelajar wanita terbabit telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] . 

“Sekiranya didapati bersalah, pelajar wanita tersebut boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya