Dua kanak-kanak lemas dalam kolam tadahan hujan - Utusan Malaysia

Dua kanak-kanak lemas dalam kolam tadahan hujan

DUA kanak-kanak ditemukan mati lemas di dalam kolam tadahan air hujan di Taman Sutera, Kajang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dua kanak-kanak lelaki dan perempuan ditemukan lemas dalam kolam tadahan air hujan di Jalan Cheras Prima, Taman Sutera, di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Nur Farisa, 10, dan Mohd. Rayan Ikram, 8, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas diselamatkan orang awam naik ke tebing.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.05 petang dan tiba di 20 minit kemudian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, pihak bomba tiba terus melakukan bantuan kecemasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) kerana mangsa tidak sedarkan diri.

“Kedua kanak-kanak itu kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Tambah Hafisham, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya