Dua cawangan LZS ditutup sepanjang PKPB - Utusan Malaysia

Dua cawangan LZS ditutup sepanjang PKPB

SALAH satu cawangan LZS di UTC Shah Alam yang masih beroperasi dari pukul 8 pagi hingga 7 malam. - FOTO/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Dua cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) iaitu di Kompleks MAIS, Klang dan Klang Sentral yang terletak di kawasan zon merah ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Bagaimanapun, operasi di 22 cawangan akan berjalan seperti biasa sepanjang PKPB yang dikuat kuasakan sehingga 27 Oktober.

LZS dalam kenyataannya berkata, operasi akan diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

“Sebagai langkah kawalan dan pencegahan, semua pelanggan LZS diwajibkan memakai pelitup muka, mengimbas suhu badan, menggunakan cecair pembasmi kuman yang disediakan.

“Pelanggan juga perlu mengimbas QR Code MySejahtera apabila mengunjungi premis LZS. Bagi kebersihan premis LZS memantau dan memastikan berada pada tahap optimum dengan mengadakan proses disinfeksi secara berkala.

“Waktu operasi di semua cawangan LZS sepanjang tempoh PKPB adalah pukul 9 pagi hingga 3.30 petang. Manakala bagi cawangan UTC Shah Alam adalah dari 8 pagi hingga 7 malam,” katanya kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, pihaknya menggalakkan masyarakat memilih transaksi atas talian sebagai alternatif urusan zakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya