KUANTAN: Seorang guru kerugian RM23,430 ditipu lelaki menyamar pegawai Bank Negara ketika kejadian di Temerloh dekat sini semalam.
Kejadian bermula selepas guru lelaki berusia 49 tahun berkenaan menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp mengatakan dia membuat transaksi sewaan bilik hotel.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa terus menghubungi talian hotline yang dinyatakan dalam mesej tersebut untuk pertanyaan.
“Mangsa bercakap dengan seorang wanita menyamar pegawai sebuah bank yang memberitahu pengadu mempunyai kad Master Gold Maybank dan terdapat tunggakan RM4,778.90.
“Suspek menyuruh pengadu menghubungi Bank Negara melalui nombor yang diberikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.