Diskaun bil elektrik 50 peratus dilanjutkan - Utusan Malaysia

Diskaun bil elektrik 50 peratus dilanjutkan

Operasi bacaan meter dan waktu kedai TNB berjalan seperti biasa sepanjang PKP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih tujuh juta pengguna kediaman (Tarif A – Domestik) di Semenanjung berpeluang menikmati lanjutan diskaun bil elektrik sehingga 50 peratus. 

Lanjutan tersebut berdasarkan penggunaan elektrik bulanan bermula 1 Oktober lalu hingga 31 Disember tahun ini.

Ketua Pegawai Runcit Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, pemberian diskaun itu sebagai usaha menyokong kerajaan mengurangkan impak wabak Covid-19 selain membantu rakyat menyesuaikan diri dalam keadaan ekonomi negara melalui proses pemulihan ketika ini. 

“Inisiatif pelanjutan oleh kerajaan ini akan mengutamakan mereka yang memelukan akibat pandemik Covid-19. 

“Tanggungjawab membendung oenularan wabak ini adalah usaha semua pihak. Kita seharusnya mengambil berat dan prihatin antara satu sama lain dalam waktu yang sukar ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya