Dakwaan 13 menteri positif Covid-19 palsu, penyebar boleh didenda RM50,000 atau penjara   - Utusan Malaysia

Dakwaan 13 menteri positif Covid-19 palsu, penyebar boleh didenda RM50,000 atau penjara  

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dakwaan seramai 13 menteri Kabinet dijangkiti Covid-19 yang tular dalam media sosial adalah tidak benar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menafikan kebenaran berita tersebut berkata, hanya seorang menteri sahaja yang didapati positif Covid-19.

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada penyebar berita palsu dan tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang menyebarkannya.

“Tindakan itu diambil selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak SKMM memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyebarkan berita palsu dan sentiasa berwaspada dengan penyebaran maklumat atau berita yang diragui kesahihannya,” kata SKMM dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Amaran itu hadir susulan penyebaran berita palsu yang tular dalam media sosial beberapa hari lalu wujud dakwaan 13 Menteri Kabinet dijangkiti Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya