Daftar pandu lalu USM ambil masa 3 minit - Utusan Malaysia

Daftar pandu lalu USM ambil masa 3 minit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Ketika beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara berdepan situasi luar jangka sewaktu proses pendaftaran penuntut baharu semalam, lain ceritanya dengan proses sama di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Lebih membanggakan, proses pendaftaran itu mencatat sejarah tersendiri apabila pertama kali dibuat secara pandu lalu di USM dan hanya mengambil masa tiga minit.

Tempoh masa itu merangkumi semua proses termasuk saringan kesihatan, MyDaftar melalui imbasan kod QR, taklimat ringkas pembelajaran secara dalam talian sehingga ke urusan akhir menurunkan barang-barang di desasiswa.

KAKITANGAN Universiti Sains Malaysia menjalankan urusan pendaftaraan penuntut melalui kaedah pandu lalu di Pulau Pinang.

 

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM, Prof. Dr. Aldrin Abdullah, USM mengambil inisiatif pandu lalu selaras dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.

“USM cuba mengambil jalan terbaik dalam keadaan negara kembali berdepan dengan gelombang Covid-19 yang agak membimbangkan dan cuba menyesuaikannya dengan langkah-langkah proaktif yang dapat memudahkan semua pihak.

“USM turut memperkenalkan MyDaftar iaitu satu sistem pendaftaran dalam talian yang hanya mengambil masa kurang lima saat yang mana merupakan sistem sangat inovatif dan pertama kali diperkenalkan di USM,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya