Cuci duit: Dua pegawai kanan PDRM ditahan? - Utusan Malaysia

Cuci duit: Dua pegawai kanan PDRM ditahan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

 Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan perkara itu dan pihaknya masih belum mendapat laporan lengkap berhubung penahanan berkenaan.

 “Kita masih menunggu sama ada dua pegawai itu ditahan atas kes cuci duit atau kes lain.

“Saya tidak boleh ulas kerana siasatan dijalankan SPRM,” katanya dalam sidang akhbar selepas perasmian seminar pengukuhan siasatan jenayah komersial dan pelancaran portal dan aplikasi semak mule di Maktab PDRM di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Acryl Sani memberitahu pihak polis juga menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan sesetengah pihak di media sosial berhubung pembabitan pegawai polis dalam sindiket `cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis sebelum ini.

 “Kita tunggu hasil laporan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk tindakan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya