Covid-19: Sekolah tidak ditutup - Utusan Malaysia

Covid-19: Sekolah tidak ditutup

Noor Azmi Ghazali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Kerajaan tidak bercadang untuk menutup sekolah di seluruh negara ekoran kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, hanya sekolah di kawasan yang mencatat kes positif Covid-19 akan ditutup.

Menurutnya, sekolah masih merupakan kawasan yang selamat untuk pelajar daripada jangkitan wabak itu kerana pelajar mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Sekolah mempunyai SOP yang sangat ketat seperti penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu dan tiada aktiviti yang bersesak-sesak dan berkumpulan.

“Orang awam juga tidak dibenarkan keluar masuk sekolah manakala pelajar yang tinggal di asrama, tidak boleh balik.

“Di sekolah lebih selamat daripada komuniti luar, jika tiada kes Covid-19, sekolah tidak akan ditutup,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pengagihan Keuntungan Ladang Rakyat Daerah Kerian di sini hari ini.

Mengenai cadangan supaya larangan rentas negeri melibatkan negeri yang merekodkan bilangan kes Covid-19 yang tinggi dikuat kuasakan, Dr. Noor Azmi berkata, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakannya.

“Kita belum buat keputusan yang macam itu kerana keadaan masih terkawal. Sekarang, kawasan yang ada kes, kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Mengenai kes Covid-19 di Sabah, Dr. Noor Azmi berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga daerah di negeri itu iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan mulai tengah malam ini.

Ketika ini PKPD dikuat kuasakan di empat daerah di negeri itu iaitu Semporna, Tawau, Kunak dan Lahad Datu.

“Ujian saringan juga  telah dipertingkatkan kepada 2,000 sehari di negeri itu.  Jika keadaan mendesak, maka lebih banyak ujian saringan akan dilakukan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya