Covid-19: NGO cadang tutup semua sekolah di Perak - Utusan Malaysia

Covid-19: NGO cadang tutup semua sekolah di Perak

Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan semua sekolah di negeri ini ditutup ekoran kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat melibatkan sekolah.

Pengerusi Kelab Rekreasi, Inovasi, Sukan dan E-Sukan Malaysia (KRISEM) Perak, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata, bagaimanapun, kerajaan negeri perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu.

Menurutnya, ini kerana semakin banyak sekolah di negeri ini yang ditutup berikutan jangkitan Covid-19 semakin meningkat. 

“Keadaan ini membuatkan ibu bapa dan guru-guru merasa keselamatan mereka terancam apatah lagi jangkitan Covid-19 begitu cepat.

“Sewajarnya, semua sekolah di negeri ini ditutup apatah lagi cuti akhir tahun persekolahan tidak begitu lama lagi iaitu pada hujung bulan depan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sebagai NGO, pihaknya hanya menyampaikan keluhan dan kegelisahan serta kegusaran sebahagian besar masyarakat berikutan kes Covid-19 yang semakin meningkat yang melibatkan sekolah.

“Saya juga yakin ramai dalam kalangan rakyat juga memikirkan perkara yang sama,” katanya.

Sebelum ini, beberapa buah sekolah di daerah Kerian ditutup akibat Covid-19.

Terbaru, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Hasan, Tapah Road dekat Tapah ditutup selama tujuh hari mulai hari ini berikutan risiko penularan wabak Covid-19. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya