Covid-19: Jangan keluar rumah jika tak perlu - Utusan Malaysia

Covid-19: Jangan keluar rumah jika tak perlu

NOOR Azmi Ghazali (kiri) berbual sambil memegang kad seorang penderma darah pada kempen derma darah di Bagan Serai, Perak. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan atau urusan penting ekoran peningkatan jumlah kes Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, selain itu prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) perlu ditingkatkan bagi membendung jangkitan wabak yang mencatat kes tertinggi semalam.

“Kerajaan sekali lagi mengingatkan dengan tegas tentang penjagaan SOP (prosedur operasi standard), semua kena betul-betul serius. Begitupun jangan panik, jaga diri sendiri, jangan keluar rumah jika tak perlu, jangan berkumpul di pusat beli belah dan kalau hadir kenduri, balik cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan kempen derma darah anjuran  Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bagan Serai Timur dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya