Covid-19: Jangan bimbang hantar anak sekolah - Utusan Malaysia

Covid-19: Jangan bimbang hantar anak sekolah

RAZMAN Zakaria (kanan) menyampaikan wang dermasiswa kepada Pengetua SMK Bagan Serai, Roslan Hasan dalam majlis di Bagan Serai, Perak hari ini. - FOTO/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak ke sekolah ketika kes Covid-19 semakin meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil negeri, Razman Zakaria berkata, sekolah merupakan tempat yang selamat untuk pelajar kerana melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Bagaimanapun, katanya, jika ibu bapa masih bimbang dan tidak mahu menghantar anak ke sekolah, mereka diminta memaklumkan kepada pihak sekolah. 

“Ada ibu bapa bimbang tentang keselamatan anak mereka di sekolah semasa peningkatan kes Covid-19 terutama sekolah yang berdekatan kawasan yang mencatat kes yang tinggi.

“Namun semua sekolah di Perak kekal dan patuh dalam mengamalkan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ibu bapa yang berasa kurang yakin tentang keselamatan anak mereka, bolehlah menghantar surat kepada sekolah untuk memaklumkan bahawa mereka tidak bersedia untuk hantar anak ke sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Wang Dermasiswa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Serai di sini hari ini.

Pada majis tersebut, Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semanggol menyampaikan dermasiswa kerajaan negeri kepada lima pelajar dari lima buah sekolah dengan setiap seorang menerima RM1,000.

Mereka terdiri daripada pelajar dari SMK Bagan Serai, SMK Abu Bakar Al-Baqir, SMK Gunung Semanggol, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Ar Ridwan dan SABK Maahad Al Ehya Asshariff. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya