Covid-19, 2 lagi sekolah ditutup di Terengganu - Utusan Malaysia

Covid-19, 2 lagi sekolah ditutup di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERTIH: Dua lagi sekolah di negeri ini diarahkan tutup berkuat kuasa serta-merta hingga Ahad ini selepas pelajarnya disahkan positif Covid-19. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, penutupan sementara itu melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir, di Kuala Nerus. 

“Kedua-kedua sekolah itu ditutup selepas pelajarnya dikenal pasti positif pandemik tersebut kerana merupakan anak di samping kontak rapat kepada kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) yang positif Covid-19, semalam,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Ozon Terengganu 2020 di Kelab Golf dan Rekreasi Petronas, di sini hari ini. 

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Salim Ab. Ghani berkata, aktiviti disinfeksi akan dilaksanakan di kedua-dua sekolah tersebut sepanjang tempoh penutupan selama seminggu. 

Katanya, saringan Covid-19 juga akan dilakukan terhadap murid atau guru yang menjadi kontak rapat dengan pesakit di sekolah itu. 

SK Kompleks Seberang Takir mempunyai seramai 817 murid dan 63 guru manakala SMK Kompleks Seberang Takir pula seramai 765 pelajar dan 82 guru. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN