Covid-19: 19 anggota IPD Cheras positif, 11 lagi kuarantin kendiri - Utusan Malaysia

Covid-19: 19 anggota IPD Cheras positif, 11 lagi kuarantin kendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 pegawai dan anggota polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sedang menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.

Ini susulan terdapat kira-kira 19 anggota IPD tersebut yang disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, kesemua polis tersebut diarahkan menjalani kuarantin sementara menunggu keputusan ujian daripada pegawai kesihatan.

“Walau bagaimanapun, operasi balai dan IPD masih berjalan seperti biasa dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketika ditanya mengenai kluster dan punca sebenar anggota-anggota berkenaan mendapat jangkitan, Saiful enggan mengulas lanjut.

Semalam, Saiful mengesahkan sebanyak 19 anggota IPD Cheras positif Covid-19.

Bagaimanapun, tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata, sebahagian daripada anggota di IPD tersebut masih menunggu keputusan secara berperingkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya