Cikgu terkejut musang masuk bilik guru - Utusan Malaysia

Cikgu terkejut musang masuk bilik guru

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) menagkap seekor musang yang sesat di dalam bilik guru di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang guru wanita terkejut selepas seekor musang ditemukan tersesat di dalam pejabat guru penolong kanan ko-kurikulum di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, musang tersebut bagaimanapun berjaya ditangkap dengan bantuan sepasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Pegawai Operasi APM Daerah Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Bahrom berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya kira-kira pukul 7.45 pagi sebelum empat anggota dikejarkan ke lokasi.

“Pihak kami mendapati panggilan daripada seorang guru wanita memaklumkan terdapat seekor musang tersesat di dalam bilik guru. Pasukan kami ke lokasi dan menangkap haiwan tersebut kira-kira 20 minit sebelum melepaskannya semula di kawasan hutan berdekatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, mereka dimaklumkan haiwan tersebut sering dilihat berkeliaran mencari makanan di kawasan sekitar termasuk bumbung sekolah berkenaan.

“Difahamkan musang ini datang dari kawasan hutan berdekatan termasuk dari ladang sawit dekat Taman Belimbang Setia. Bagaimanapun, mungkin kali ini musang ini tersesat masuk sehingga ke dalam bilik guru dan tidak jumpa jalan keluar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya