Bonda Tengku Temenggong Kelantan mangkat - Utusan Malaysia

Bonda Tengku Temenggong Kelantan mangkat

TENGKU MERJAN ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra yang merupakan bonda kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz mangkat awal pagi ini.

Tengku Merjan, 80, yang gering akibat sakit tua menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.18 pagi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Pengesahan kemangkatan tersebut dibuat melalui Pejabat Sultan Kelantan di sini hari ini.

Almarhum Tengku Merjan merupakan anak sulung  Almarhum Sultan Yahya Petra dan bonda saudara kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Pada 20 September lalu, suami kepada Tengku Merjan, Almarhum Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah baharu sahaja mangkat.

Jenazah Almarhum dibawa dari HRPZ II ke Istana Balai Besar pada pukul 7 pagi ini.

Sementara itu, solat jenazah akan disempurnakan selepas zohor dan seterusnya akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar Kota Bharu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya