Bertarung penyakit kanser, tidak halang Umat kutip 3,500 kg botol - Utusan Malaysia

Bertarung penyakit kanser, tidak halang Umat kutip 3,500 kg botol

TIDAK sanggup melihat keindahan pantai Kuala Perlis tercemar, Umat Osman mengambil inisiatif bersendirian mengutip botol di kawasan pesisir pantai Kuala Perlis sejak lebih setahun lalu.- UTUSAN/IHSAN SHAMIL ABD. RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Selain sebagai sumber pendapatan tambahan, inisiatif yang diambil seorang lelaki dari Kampung Seberang Tok Pi di sini mengutip botol di pesisir pantai Kuala Perlis dan kawasan sekitarnya menarik perhatian ramai.

Umat Osman, 41, menghabiskan masa setiap hari sejak lebih setahun lalu khususnya pada waktu pagi serta petang melakukan aktiviti tersebut kerana tidak sanggup melihat kawasan pantai tercemar selain ingin menjaga kebersihan kawasan pelancongan itu.

Meskipun menghidap kanser tulang namun Umat tidak pernah berputus asa bagi meneruskan usaha murni tersebut dan tekad melakukannya sehingga akhir hayat.

Sepanjang tempoh tersebut, Umat telah mengumpul lebih 3,500 kilogram yang turut dijual bagi mendapatkan pendapatan tambahan bagi menampung kehidupan seharian.

“Meskipun saya mengutip botol di kawasan pantai ini sejak lebih setahun lalu, namun botol-botol ini tidak pernah berkurangan dan sentiasa ada. Ini menunjukkan kesedaran orang ramai mengenai keperluan menjaga kebersihan alam sekitar masih berkurangan.

“Kutipan botol dilakukan secara bersendirian terutamanya di dalam longkang dan pesisir pantai, kebiasaannya ketika air surut.

“Botol-botol terbuang ini tidak pernah habis dikutip kerana akan ada sahaja botol baharu yang muncul di lokasi yang sama setiap minggu. Namun saya tidak pernah berputus asa kerana bukan sahaja dapat membersihkan kawasan sekitar, botol-botol ini juga memberi pendapatan untuk saya,” kata Umat ketika ditemui di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya