JOHOR BAHRU: Setelah tujuh bulan terpisah akibat pintu sempadan ditutup, seorang pekerja Malaysia di Singapura akhirnya dapat bertemu keluarganya baru-baru ini. Akhirnya perasaan rindu Mohd. Azaruddin Tukari, 35, terubat apabila dia dapat pulang bertemu isterinya, Massoezalin Salleh dan tiga anak mereka berusia antara 10 hingga lima tahun di sini menerusi inisiatif Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA). Meskipun hanya seketika, Mohd. Azaruddin berkata, kepulangannya itu dapat mengubat segala kedukaan sepanjang berada di Singapura demi mencari rezeki buat mereka sekeluarga. “Hanya kami (pekerja Malaysia) yang mengetahui perasaan rindu ini, ia tidak boleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya