KANGAR: Ekoran benih padi tidak berkualiti yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat pembekal menyebabkan hasil beras negara merosot kira-kira 300,000 tan metrik setahun dengan kerugian para pesawah pula dianggarkan mencecah sehingga RM300 juta. Malah, untuk menampung keperluan di negara ini ekoran kekurangan itu, kerajaan terpaksa mengimport sekitar 1.2 juta tan metrik beras atau 30 hingga 35 peratus setahun khususnya dari Thailand, Vietnam dan India. Keperluan beras di negara ini, sekitar 3.6 hingga 3.8 juta tan metrik. Dianggarkan sekitar 1.8 juta tan metrik beras dihasilkan dengan nilai RM3.6 bilion setahun, namun jumlah tersebut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya