Bekalan mencukupi, jangan buat pembelian panik-KPDNHEP Selangor - Utusan Malaysia

Bekalan mencukupi, jangan buat pembelian panik-KPDNHEP Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembelian panik susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula tengah malam ini.

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, setakat ini, stok bekalan di daerah itu seperti beras, minyak dan gula mencukupi menampung daerah di kawasan tersebut.

Menurut beliau, pihaknya telah mengesan pembelian panik ini berlaku sejak dua minggu lalu ekoran peningkatan kes Covid-19. 

“Malah, perkara ini berlarutan apabila anggota dan pegawai memaklumkan sikap orang ramai yang melakukan pembelian panik berlaku seawal semalam apabila orang ramai mula menyerbu  pasar raya khususnya bagi barangan keperluan harian. 

“Orang ramai tidak perlu khuatir kerana kita sentiasa menjalankan pemeriksaan agar bekalan sentiasa ada. Malah, kita juga telah memaklumkan kepada pihak industri supaya membuat tindakan awal dengan menambah stok mereka demi kepentingan pelanggan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada masa sama, Muhamad Zikril turut menegaskan kepada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan menyorokkan bekalan demi mengaut keuntungan terutama dalam tempoh PKPB.

Jelasnya, apabila berlaku arahan seperti PKPB, wujud peniaga yang mengambil kesempatan menindas pengguna dengan menaikkan harga barangan sesuka hati.

“Peniaga yang dikesan melakukan kesalahan ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. 

“Sekiranya disabit kesalahan, mereka boleh denda RM100,000 atau penjara tiga tahun bagi orang perseorangan manakala pertubuhan perbadanan atau syarikat akan dikenakan denda sebanyak RM500,000.

“KPDNHEP akan melakukan pemantauan setiap hari dalam mengesan mana-mana individu atau syarikat yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan atau menyorokkan bekalan demi mengaut keuntungan terutama pada PKPB,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya