Bekalan benih padi tiada? - Utusan Malaysia

Bekalan benih padi tiada?

Ahli Jawatankuasa Pesawah Bagan Serai, Perak, Azhar Hashim menunjukkan benih padi yang terpaksa dihasilkan sendiri kerana tiada bekalan di pasaran. - UTUSAN/HASIF IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: ‘Bekalan benih padi tiada?’

Demikian persoalan yang ditimbulkan Exco Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Abdul Rashid Yob mengenai nasib pesawah di Perlis dan Kedah yang masih tidak dapat memulakan tanaman awal September lalu kerana bekalan benih padi yang diperlukan tiada di pasaran.

Situasi itu lebih membimbangkan apabila bekalan benih terhad yang dijual di sebahagian tempat mengalami kenaikan harga melampau sehingga maksimum RM60 sedangkan harga subsidi di pintu kilang sepatutnya hanya RM28.

Abdul Rashid Yob berkata, masalah itu bukan kali pertama kali berlaku bahkan hampir setiap musim terjadi sekali gus menunjukkan seolah-olah tiada apa-apa perubahan berkesan dilakukan kerajaan.

Katanya, masalah timbul disebabkan jadual pengairan yang dikeluarkan tidak mengambil kira kapasiti pengeluaran benih oleh syarikat-syarikat yang dilantik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya