Bau busuk hantui penduduk Kampung Jawa - Utusan Malaysia

Bau busuk hantui penduduk Kampung Jawa

Timbunan sampah di Kampung Padang Jawa Kulon dipercayai sampah industri.-UTUSAN/ ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bau busuk ‘menghantui’ penduduk Kampung Padang Jawa di sini susulan kewujudan tapak pelupusan sampah haram sejak tiga bulan lalu yang terletak hanya 30 meter dari perkampungan mereka.

Tapak pelupusan itu seluas 0.25 hektar dipercayai menjadi longgokan pembuangan sisa pelbagai industri yang turut berhampiran landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Malah, tinjauan juga mendapati terdapat kren jentolak digunakan bagi proses di tapak pelupusan haram tersebut selain turut dijaga oleh beberapa individu ketika pelupusan sampah dilakukan mereka.

Menurut seorang penduduk, Yuswan Hamzah, 44, pencemaran bau itu dapat dihidu terutama ketika waktu malam dan hujan yang telah menganggu kehidupan mereka.

“Lihat sahaja longgokan sampah yang menggunung dan mengeluarkan bau busuk dan sudah tentu kami tidak rela berterusan begini.

“Kami bimbang sekiranya terdapat sisa sampah berbentuk bahan kimia yang mencemari udara boleh menyebabkan penduduk di sini menghidap penyakit kronik dalam jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita ketika melawat tapak tersebut semalam.

Yusman memberitahu, pihaknya telah mengadu perkara tersebut kepada ketua kampung namun tiada tindakan diambil bagi merungkai pemasalahan tersebut.

“Saya difahamkan daripada pekerja tapak pelupusan sampah, lokasi ini akan didirikan kandang lembu. Situasi ini akan memburukkan lagi keadaan bau busuk selain memudaratkan haiwan tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, seorang penduduk, M.Manimaran,54, berharap pihak berkuasa segera menutup tapak pelupusan tersebut demi kesejahteraan penduduk terutama kanak-kanak.

“Lokasi tapak pelupusan ini memang tidak strategik dan menyebabkan orang ramai yang menggunakan jejantas di sebelah tapak ini adalah kumpulan paling utama terdedah kepada sebarang risiko.

“Sampai bila kami perlu menanggung masalah kerana perbuatan tidak bertanggungjawab orang lain,” tegasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya