GEORGETOWN: Gelombang ketiga pandemik Covid-19 yang melanda negara kini mula memberi kesan terhadap peniaga-peniaga di sekitar kawasan pantai peranginan di Batu Ferringhi di sini. Tinjauan di sekitar pantai dan pusat penjaja di Batu Ferringhi mendapati, kawasan tersebut lengang tanpa pengunjung walaupun ketika cuti hujung minggu. Selain itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya turut menyebabkan penurunan ketara jumlah pelancong ke pantai peranginan popular itu. Seorang peniaga di Kompleks Huma House, Batu Ferringhi, R. Bupalan, 69, berkata, jumlah penurunan pelancong berlaku dengan mendadak awal minggu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya