Bapa didakwa rogol anak - Utusan Malaysia

Bapa didakwa rogol anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak sulungnya pada Jun lalu.

Tertuduh berusia 41 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob.

Dia didakwa merogol anak perempuan kandungnya berusia 17 tahun di sebuah rumah di Kampung Maju Jaya, Pekan Nenas, Pontian dekat sini pada pukul 11 pagi, 28 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh mengemukakan permohonan supaya mahkamah tidak membenarkan ikat jamin ke atas lelaki itu dengan alasan khuatir tertuduh mengganggu mangsa.

Wan Mohd. Norisham membenarkan permohonan pendakwaan dengan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 23 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan, kimia serta tertuduh melantik peguam bela. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya