Banjir di Perlis beransur pulih - Utusan Malaysia

Banjir di Perlis beransur pulih

AZMAN Mohd Yusof (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir yang berpindah ke Dewan Orang Ramai Kampung Alor Setar, Pauh, Arau, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Banjir yang melanda beberapa kawasan rendah sekitar negeri ini sejak semalam beransur pulih dengan tujuh mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, dibenarkan pulang hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam negeri, Azman Mohd. Yusof berkata, tindakan awal dan pantas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri yang melakukan kerja-kerja pengorekan di kawasan tersumbat sekitar negeri ini berjaya mengawal dan mengurangkan bencana banjir daripada bertambah buruk.

Katanya, JPS telah melaksanakan pemantauan dan mengambil tindakan untuk memastikan sistem saliran serta tebatan banjir dapat digunakan agar bencana tersebut dapat dikurangkan.

“Sistem saliran dan tebatan banjir yang berfungsi dengan baik, turut membantu dalam memulihkan keadaan,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan beberapa kawasan rendah sekitar negeri ini termasuk Ulu Pauh, Gua Kelam dan Wang Kelian dinaiki air.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mohammad Hazam Ismail memberitahu, pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Kampung Alor Setar, Pauh yang menempatkan tujuh mangsa membabitkan dua buah keluarga yang dibuka sejak petang semalam ditutup hari ini.

“Semua mangsa yang ditempatkan di dewan tersebut sudah dibenarkan pulang ke rumah masing masing-masing,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya